Saturday, November 14, 2009

BINA INSAN GURU SEMESTER 4 2009

, kami telah Berjaya melaksanakan program Bina Insan Guru siri ke 4 semester 4. Setelah tamat menjalankan program bina insan guru bagi semester 4 ini, saya dapat pelbagai maklumat, pengalaman yang manis dari awal menyertainya sehinggalah tamat program ini. Program ini telah dijalankan di sebuah kampung yang sangat aman dan damai. Lokasinya juga agak pedalaman. Ia terletak jauh dari Bandar pontian. Kampung ini mempunyai penduduk yang rata-rata berkerja sebagai nelayan dan buruh di sebuah tempat memproses arang. Nama kampung itu ialah kampung sungai dinar.
Sebelum program ini dilaksanakan, saya telah mengikut rakan saya yang bertugas sebagai AJK tajaan pergi untuk meminta sedikit sumbangan dari Hup Seng dan Syarkiat Faiza. Alhamdullilah walaupun kesuntukan masa, kami telah mendapat sumbagan yang agak besar juga dari Syarikat Faiza iaitu sebanyak 200 kg beras yang bakal disumbangkan kepada penduduk kampung sungai dinar. Terima kasih juga kepada Hup Seng, Pasaraya Borong Peserai dan Koperasi IPTHO atas sumbagan yang telah diberi dalam bentuk bahan mentah atau barang dapur.
Pada program ini, saya adalah dibawah ahli jawatankuasa cenderamata. Tugas saya adalah ketika majlis penuntup. Saya juga telah mengikut En Raub dan En Omar ke Pontian untuk mengambil hamper yang telah ditempah. BIG kali ini telah dilaksanakan mengikut prosedur dan aktiviti yang telah ditetapkan. Perjalanan yang mengambil mase 3 jam ini sangat membuka pandangan saya setelah melihat pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh masyarakat disekitar tempat itu. Kami tiba di kampung itu dan disambut mesra oleh penduduk kampung kira-kira jam 12 tengahari. Dengan semangat bantu membantu, kami telah bersama-sama menurunkan dan menyusun barang-barang ke dalam balai raya berhampiran dengan bas itu berhenti.
Kira-kira jam 3.00 petang, kami telah bersama-sama penduduk kampung untuk majlis penyerahan anak angkat. Saya, Jamilah dan Mok Yan Bin adalah satu keluarga dan telah mendapat keluarga kepada Encik Azman yang merupakan seorang nelayan. Saya tinggal di sebuah rumah yang sempurna walapun tidak begitu cukup kemudahannya. Pada malam itu, saya bersama keluarga itu memasak dan makan malam bersama. Pada hari tersebut juga, saya telah menemani ibu angkat saya ke kedai. Kemudian, saya dan rakan-rakan telah berkumpul di satu kawasan dan pergi beraya bersama-sama. Ia amat membuatkan saya gembira. Saya dapat mengenali lebih dekat lagi masyarakat dan penduduk dikawasan tersebut.
Keesokan harinya, kami telah dibawa oleh ibu bapa kami ke laut untuk melihat lebih dekat lagi pelabuhan tanjung pelepas. Ia amat membuatkan saya teruja. Kami juga dapat mendekati tanjung bin dari laut. Sangat cantik. Selepas itu, kami beramai-ramai telah pergi ke tanjung piai. Untuk menikmati keindahan alam semulajadi. Selepas melihat dan berpusing-pusing di sekitar tanjung piai, barulah kami pulang ke rumah untuk makan tengahari.
Selepas itu, pada petangnya, kami dan penduduk kampung telah bersama-sama bergotong royong membersihkan masjid dan balai raya berhampiran. Kami juga telah mengikut En Rauf ke rumah-rumah yang layak diberi pertolongan dengan memberi sumbagan dalam bentuk barang dapur dan beras. Pada malamnya, kami mengadakan sesi refleksi.dalam sesi refleksi ini, kami diberi ruang untuk bercerita pengalaman dan perasaan kami berada dalam keluarga tersebut. Oleh itu, banyak cerita dan luahan kisah yang telah disampaikan oleh semua pelajar kepada tutor yang kami sayangi iaitu Pn Maimunah Ahmad.
Keesokannya, kami mengadakan sukaneka untuk penduduk kampung. Kemudian, kami mengadakan majlis penyerahan anak angkat kepada pihak maktab semula. Kami juga berasa sangat gembira dengan segala program yang dlaksanakan.
Bagi saya, terdapat kelebihan dan kekurangannya dalam program ini. Untuk kelebihannya, program ini dapat member kita ilmu pengetahuan dan tunjuk ajar serta pengalaman baru dalam melihat kawasan dan budaya hidup di tempat lain. Ini adalah pengalaman pertama saya berada di kampung nelayan dan dapat menaiki bot ke tengah laut. Ia amat membuatkan saya teruja dan sangat gembira. Selain itu, saya berasa sangat bersyukur kerana dengan kekurangan dan cara hidup keluarga angkat saya, ia mengajar saya untuk bagaimana kehidupan susah sesebuah keluarga dengan lebih dekat sekali.
Saya juga dapat menimba pengalaman dari kegiatan ekonomi yang ada disitu seperti bagaiman untuk menangkap siput sedut dan bagaimana untuk membaiki bot kecil yang bocor. Selain itu, saya juga mendapati kampung itu mempunyai penduduk kampung yang sangat peramah dan mereka sangat menghormati profession perguruan. Ia membuatkan saya lebih bersemangat untuk menjadi seorang guru.
Terdapat juga beberapa kelemahan dalam program ini. Antaranya ialah seharusnya mengenai keselamatan kampung itu. Saya telah diganggu oleh salah seorang penduduk kampung. Alhamdullilah saya telah diselamatkan dari perkara yang tidak diingini selepas saya menceritakan hal itu kepada tutor dan rakan-rakan. Selain itu, aktiviti yang dijalankan juga perlu diberi penambahan baikan agar penduduk kampung mendapat lebih input dan maklumat yang baik dan berkesan.
Kesimpulannya, program ini amat membuatkan saya teruja. Saya juga telah mendapat pelbagai maklumat dan belajar cara hidup sesebuah masyarakat yang didiami kebanyakan penduduknya terdiri daripada nelayan. Oleh itu, saya berharap program seperti ini dapat dilaksanakan dimasa akan datang kerana ia boleh memberi kita cabaran sebagai seorang guru dimasa hadapan.