Friday, July 16, 2010

skprj... perkhemahan : 1st day...




pukul 11.00 pagi semalam,16 hb 7 semua pelajar tahun 5 sibuk tolong cikgu pasang khemah.. pd perkhemaahn kali ni, cikgu zuhairi menjadi kem komandernye.. ni adelah beberpa gambr yg sempat diambil pada aktiviti memasang khemah semalam..

Friday, June 11, 2010

SEKADAR BERKONGSI...

rakan saye menghantarkan email ini kepada saya.. jadi marilah kita bersama2 merenung dan mengamalkan untuk bekalan kita di akhirat nanti..

Hadis riwayat Abu Dzar bahawa Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: “Setiap orang menjelang pagi, berdasarkan tulang temulang sendi memerlukan sedekah. Tiap-tiap tasbih itu sedekah, tiap-tiap tahmid sedekah, tiap-tiap tahlil adalah sedekah dan tiap-tiap takbir adalah sedekah. Menyeru makruf adalah sedekah, mencegah mungkar adalah sedekah. Semuanya itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Dhuha,”.

Selain itu, solat ini juga adalah tanda kesyukuran seorang hamba yang dikurniakan lengkap sendi tulangnya sebanyak 360 batang pada setiap pagi yang dilaluinya. Justeru, dhuha atau pagi yang penuh nikmat Ilahi itu disyukuri dengan menyembah Allah, simbolik kepada terima kasih seorang hamba kepada Penciptanya.
Persoalan yang sering timbul berkaitan solat ini adalah dari segi keutamaannya kerana ia berada dalam waktu bekerja. kedua-dua perkara tersebut memang ada kedudukan dan kepentingannya masing-masing. Pokoknya cara seseorang itu mengendalikannya mestilah seimbang dan saksama antara tanggungjawab duniawi dan tuntutan ukhrawi.

Hakikatnya, umat Islam perlu memahami kedudukan solat ini. Pertama, sebaik-baiknya, ia dilakukan di rumah agar dapat dikerjakan dengan lebih sempurna. Jadi, jika di tempat bekerja, lakukan dengan menggunakan masa yang sebaik mungkin.
Kedua, sifat solat ini ringkas dan mudah dilaksanakan di mana-mana tempat (baik di surau atau bilik sendiri). Masanya pula hanya mengambil masa empat hingga lima minit. Jadi, apalah salah kalau ia dibudayakan.
Ketiga, pada dasarnya ia adalah sunat hukumnya malah Baginda jua tidak melaksanakannya dalam bentuk yang konsisten. Hal ini diterangkan oleh Aishah: “Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. mendirikan sembahyang sunat Dhuha. Sesungguhnya aku mendirikan sembahyang Dhuha walaupun Rasulullah meninggalkannya. Tetapi pada hakikatnya Baginda suka melakukannya, ini adalah kerana Baginda bimbang jika selalu mengamalkannya, orang ramai akan mewajibkan ke atas diri mereka.” (Riwayat Muslim).

Oleh itu lakukan solat ini di rumah atau di tempat kerja selagi mana ia tidak memberatkan atau menghalang tugas-tugas lain yang lebih utama dan penting.

Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.

wallahu 'alam...selamat beramal...

SAYE SAYANG CIKGU SAYE....



Hmm... happy teachers day to my beloved teacher... EN RADEN KHALID yang kini masih mengajar di sek men teknik tuanku jaafar... cikgulah inspirasi saye untuk berjaye... hehehheheheh... n kepade semua cikgu2 sk batu kikir(negeri sembilan), sk serting ilir (negeri sembilan), sk langgar (terengganu), sk seremban jaya (negeri sembilan), sk seri pandan (johor), smk batu kikir, smt tuanku jaafar, seremban., n semua pensyarah2 yang disanjungi yang sentiase memberi ilmu kepada saya dan rakan2 di IPTHO (johor)...

Lawatan rasmi ke putrajaya...

hmm... kami telah ke putrajaya untuk lawatan ke kementerian belia & sukan ... dan kpm untuk mendapatkan maklumat mengenai pengurusan sukan.. disini saya uploadkan beberapa gambar sepnjang lawatan ini diadakan.. segala maklumat dan informasi yang lengkap dan padat itu akan kami gunakan dengan sebaik mungkin...aper2 pun.. WE PROUD TO BE A TEACHER... :)














welcome to our family...

Beberape bulan yang lepas.. keluarga kami dianugerahkan dengan cahaya mata dua akak sepupu ku.. kak dayang n kak nima... 2-2 dapat baby boy.. tp name luper... pastu keluarga kami mengadakan kenduri untuk kedua2 baby ni... ha.. dalam hari tu banyak jugk la gambar yg sempat di snap.. tp gmbr aku huduh2.. so, taknk download.. aku letak gmbr adik2 sedare aku yg comel2 je la ye mcm mak cik yer....


HAI..NAME SAYE CUNA CUNI....



HAI..SAYE NAZMI... hehehe






hai... SAYE KAKA... IKA... heheheh.. sabah ba... hehehe



hai... SAYE RAYYAN HAKIM... HAKIM AF TAU.. HEHEHEH

Desaru... rbt tour malaysia... part 2

hmmm... ha.. sambung citer.. kami telah bertolak dari institut tercinta jam 9 pagi dan sampai dalam pukul 1 lebih la... sampai2 je... sangat dukacite apebila trun2 dr kereta ade bau minyak... :(... tp setelah dipujuk (cerite tipu) ... oleh pihak chalet, kami pun tggu lah kerje pembersihan dipantai teluk ramunia tersebut... dan untuk mengisi mase lapang tu.. kami pun pergi mendapatkan makanan sebb perut dah laporrrrr sgt2... kami pun pergi ke pekan rengit... hmmm... best la.. pegi tgk tempat org kan... hehehhe... selepas tu.. dlm pukul 5 bru lah boleh mandi kat pantai tersebut... wah3... kami pun mandi dengan seronoknye.. main bola.. tp team aku kalah n paling teruk aku dipersalahkan sebb kekalahn tersebut.. wawawawawawa.. dak ni ckp aku bukn amik bola, tp berendam je..hehehhehe.. (memng pun)..hek3...
malam tu kami teruskan dgn bbq n fire camp.. wah apinye.. besar2 tp kejap2 dah mati balik apinye..hehehhehe...
pagi tu kami pun g balik trun ke laut main air n bola... pastu kami pun bertolak balik.. ha.. balik dgn penuh keletihan... n tak sempat nak nyanyi2..
















Desaru... rbt tour malaysia...

ha..dengar bunyi tajuk pun macm dah hebat betul... hehehhe... pada bla..bla..bla..(lupe tarikh).. kelas kami.. RBT 1 SEM 5 telah pergi menjalankan aktiviti yang sangat berfaedah iaitu bersiar2 n minum air laut di desaru.. teluk ramunia... punye xcited sume sampai termimpi2 time nk dah g.. (aflah n wak sagat)... ha.. perjalanan yang ambil mase 4 jam ni kmi lalui degn pnuh keseronokan.. mane taknye.. kete yang aku naik sumernye gurl2 yang bersuare sedap.. dengan bakat tak seberape ni.. kami pun menyanyi mcm suare best kan..(tp memng best pun)...